Sahabat Qta...
Kadang saya HERAN, menurut Rasulullah
shalallaahu 'alaihi wa sallam kebanyakan penduduk neraka adalah wanita.
“Aku melihat ke dalam Surga maka aku melihat
kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke
dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan
Imran serta selain keduanya)
Padahal
pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu surga terbuka buat wanita, dan Allah telah
memudahkan wanita untuk masuk ke dalam surga, dan wanita telah mendapatkan
KELEBIHAN dan KEISTIMEWAAN:
1.
Wanita
yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang sholeh.
2.
Wanita
yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.)
di dalam syurga.
3.
Barang
siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
4.
Daripada
Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka."
5.
Syurga
itu di bawah telapak kaki ibu.
6.
Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.
7.
Wanita
yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
8.
Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia
kehendaki.
9.
Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (dengan jarak
10,000 tahun perjalanan).
10. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T.
menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
11. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
12. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
13. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
14. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
15. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.
16. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
dari pada 1,000 pria yang jahat.
17. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
18. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi)
kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala
dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
19. Wanita yang melayani dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
20. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang
Allah dengan penuh rahmat.
21. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakult.
22. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
23. Wanita yang memerah susu binatang dengan
“bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
24. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
“bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
25. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
26. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa
pada siang hari.
27. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat
pada malam hari.
28. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
29. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
30. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun sholat.
31. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa
syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
32. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan
mendapat pahala 7 tola perak.
33. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.
34. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah
akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Membicarakan tentang
Neraka dan penghuninya, yang mana mayoritas penghuninya adalah wanita kerana
sebab-sebab yang akan dijelaskan nanti.
Sebelum kita mengenal
wanita-wanita penghuni Neraka alangkah baiknya jika kita menoleh kepada
peringatan-peringatan Allah s.w.t. di dalam Al Quran tentang Neraka dan azab
yang tersedia di dalamnya dan perintah untuk menjaga diri daripadanya.
Allah s.w.t.
berfirman yang maksudnya :
“Hai orang-orang yang
beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya
adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras,
yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka
dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At Tahrim ayat 6)
Imam At-Tobari
(rahimahu ‘Llah) menyatakan di dalam tafsirnya : “Ajarkanlah kepada keluargamu
amalan ketaatan yang dapat menjaga diri mereka dari Neraka.”
Ibnu Abbas r.a juga
mentafsirkan ayat ini : “Beramallah kamu dengan ketaatan kepada Allah, takutlah
kamu untuk bermaksiat kepadaNya dan perintahkan keluarga kamu untuk berzikir,
nescaya Allah menyelamatkan kamu dari Neraka.”
Masih banyak tafsir
para sahabat dan ulama lainnya yang menganjurkan kita untuk menjaga diri dan
keluarga dari Neraka dengan mengerjakan amalan soleh dan menjauhi maksiat
kepada Allah s.w.t.
Di dalam surah
lainnya Allah s.w.t. berfirmanyang bermaksud :
“Peliharalah dirimu
dari Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi
orang-orang kafir.” (Surah Al Baqarah ayat 24)
Sahabat yang
dimuliakan, Begitu pula dengan ayat-ayat lainnya yang juga menjelaskan keadaan
Neraka dan perintah untuk menjaga diri daripadanya.
Kedahsyatan dan
kengerian Neraka juga dinyatakan Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang sahih
dari Abu Hurairah r.a bahwasanya baginda bersabdayang bermaksud :
“Api kamu yang
dinyalakan oleh anak cucu Adam ini hanyalah satu bahagian dari 70 bahagian
Neraka Jahanam.”
Jikalau api dunia
saja dapat menghanguskan tubuh kita, bagaimana dengan api Neraka yang panasnya
70 kali ganda dibandingkan dengan panas api dunia? Semoga Allah S.W.T.
menyelamatkan kita dari api Neraka.
WANITA PENGHUNI
NERAKA
Mengenai hal ini,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam
Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang
fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan
penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menjelaskan
kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w tentang penghuni Syurga
yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan Neraka yang majoriti
penghuninya adalah wanita. Tetapi hadis ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang
menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Neraka dan menjadi majoriti penghuninya,
namun demikian sebab-sebab tersebut disebutkan dalam hadis lainnya.
Di dalam kisah solat
gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana
padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka.
Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:
“ … dan aku melihat
Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku
melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya :
“Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran
mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda
menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap
kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di
antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada
dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah
melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dalam hadis yang
lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda
bersabda :
“ … dan wanita-wanita
yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala
mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya,
kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan
tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak
perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dari Imran bin Husain
dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya
penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim
dan Ahmad)
Imam Qurthubi
(rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud hadis di atas dengan pernyataannya :
“Penyebab sedikitnya
kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri
mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling
dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu
dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.
Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari
akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka
memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika
diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak
kepada akhirat.”
(Jahannam Ahwaluha wa
Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)
Jika kita perhatikan
keterangan dan hadith di atas dengan insaf, nescaya kita akan dapati beberapa
sebab yang menjerumuskan kaum wanita ke dalam Neraka bahkan menjadi majoriti
penghuniya dan yang menyebabkan mereka menjadi golongan minoriti dari penghuni
Syurga.
1. Kufur Terhadap
Suami dan Kebaikan-Kebaikannya :
Rasulullah s.a.w
menjelaskan hal ini pada sabda baginda di atas tadi. Kekufuran seumpama ini
terlalu banyak kita dapati di tengah-tengah keluarga kaum muslimin, iaitu
seorang isteri yang mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu
yang panjang hanya dengan sikap suami yang tidak sesuai dengan kehendak isteri
sebagaimana kata pepatah,’panas setahun dihapus oleh hujan sehari’. Padahal
yang harus dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang
diberikan suaminya, janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan suami kerana
Allah s.w.t. tidak akan melihat isteri seumpama ini sebagaimana dijelaskan
Rasulullah s.a.w :
“Allah tidak akan
melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan
tidak merasa cukup dengannya.”
(Hadis Riwayat
Nasaie)
Hadis di atas adalah
peringatan keras bagi kaum wanita muslimah yang menginginkan keredhaan Allah
s.w.t. dan SyurgaNya. Maka tidak layaklah bagi wanita yang mengharapkan akhirat
untuk mengkufuri kebaikan-kebaikan suaminya dan nikmat-nikmat yang diberikannya
atau meminta dan banyak mengadukan hal-hal kekurangan yang tidak sepatutnya
untuk diperbesar-besarkan.
Jika sedemikian
keadaannya, maka sangat tidak sesuai sekali jika wanita yang kufur terhadap
suaminya serta kebaikan-kebaikannya dikatakan Rasulullah s.a.w sebagai majoriti
kaum yang masuk ke dalam Neraka walaupun mereka tidak kekal didalamnya.
Cukup sekiranya
isteri-isteri Rasulullah s.a.w dan para sohabiyah sebagai suri tauladan bagi
isteri-isteri kaum muslimin dalam mensyukuri kebaikan-kebaikan yang diberikan
suaminya kepadanya.
2. Durhaka Terhadap
Suami
Kedurhakaan yang
dilakukan seorang isteri terhadap suaminya pada umumnya berupa tiga bentuk
kedurhakaan yang sering kita jumpai pada kehidupan masyarakat kaum Muslimin.
Tiga bentuk kedurhakaan itu adalah :
1. Durhaka dengan ucapan.
2. Durhaka dengan
perbuatan.
3. Durhaka dengan
ucapan dan perbuatan.
Bentuk pertama ialah
seorang isteri yang biasanya berucap dan bersikap baik kepada suaminya serta
segera memenuhi panggilannya, tiba-tiba berubah sikap dengan berbicara kasar
dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya. Atau ia memenuhinya tetapi dengan
wajah yang menunjukkan rasa tidak senang atau lambat mendatangi suaminya.
Kederhakaan seperti ini sering dilakukan seorang isteri ketika ia lupa atau
memang sengaja melupakan ancaman-ancaman Allah terhadap sikap ini.
Termasuk bentuk
kederhakaan ini ialah apabila seorang isteri membicarakan perbuatan suami yang
tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang dibenarkan
oleh syara’. Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan yang bermaksud
untuk menjatuh dan merosak kehormatannya sehingga suaminya dipandang hina di
mata orang lain. Begitu juga apabila seorang isteri meminta talak atau di
khulu’ (dicerai) tanpa sebab syar’i. Atau ia mendakwa telah dianiaya atau dizalimi
suaminya atau lain-lainnya.
Permintaan cerai
biasanya di awali dengan pertengkaran antara suami dan isteri kerana
ketidakpuasan isteri terhadap kebaikan dan usaha suami. Atau yang lebih
menyedihkan lagi bila hal itu dilakukannya kerana suaminya berusaha mengamalkan
syari’at-syari’at Allah s.w.t. dan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Sungguh hina
sekali apa yang dilakukan isteri seperti ini terhadap suaminya.
Ingatlah sabda
Rasulullah s.a.w :
“Wanita mana saja
yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya
mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
Bentuk kederhakaan
kedua yang dilakukan para isteri terjadi apabila seorang isteri tidak mahu
melayani keperluan batiniyah suaminya atau bermuka masam ketika melayaninya
atau menghindari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu
ketika suami hendak mendatanginya dan yang seumpamanya.
Termasuk dari bentuk
ini ialah apabila seorang isteri keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun
hanya untuk mengunjungi kedua orang tuanya. Tindakan ini sebenarnya adalah
seakan-akan seorang isteri lari dari rumah suaminya tanpa sebab syar’ie.
Demikian pula jika isteri enggan untuk bersafar (melakukan perjalanan) bersama
suaminya, mengkhianati suami dan hartanya, membuka dan menampakkan apa yang
seharusnya ditutupi dari anggota tubuhnya (aurat), menerima tetamu tanpa izin
suaminya, berjalan di tempat umum dan pasar-pasar tanpa mahram, bersenda gurau
atau berbicara lemah-lembut penuh mesra kepada lelaki yang bukan mahramnya dan
yang lain-lain.
Begiti juga apabila
seorang isteri tidak mau berdandan atau mempercantikkan diri untuk suaminya
padahal suaminya menginginkan hal-hal itu, melakukan puasa sunat tanpa izin
suaminya, meninggalkan hak-hak Allah seperti solat atau puasa Ramadhan.
Maka setiap isteri
yang melakukan perbuatan-perbuatan seperti tersebut adalah isteri yang durhaka
terhadap suami dan telah melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. Jika kedua
bentuk kederhakaan ini dilakukan sekaligus oleh seorang isteri maka ia
dikatakan sebagai isteri yang derhaka dengan ucapan dan perbuatannya.
Sungguh rugi wanita
yang melakukan kederhakaan ini. Mereka lebih memilih jalan ke Neraka daripada
jalan ke Syurga kerana memang biasanya wanita yang melakukan
kederhakaan-kederhakaan ini tergoda oleh angan-angan dan kesenangan dunia yang
menipu.
Jalan menuju Syurga
tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga yang indah, melainkan dipenuhi dengan
rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali orang-orang
yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di hujung jalan ini ada
Syurga yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar menempuhnya.
Ketahuilah pula
bahawa jalan menuju ke Neraka memang indah, penuh dengan syahwat dan kesenangan
dunia yang setiap manusia tertarik untuk menjalaninya. Tetapi ingat dan
sedarlah bahawa Neraka menanti orang-orang yang menjalani jalan ini dan tidak
mahu berpaling darinya semasa ia hidup di dunia.
Hanya wanita yang
bijaksanalah yang mahu bertaubat kepada Allah s.w.t. dan meminta maaf kepada
suaminya dari kederhakaan-kederhakaan yang pernah ia lakukan. Ia akan kembali
berusaha mencintai suaminya dan sabar dalam mentaati perintahnya.
3. Tabarruj
Yang dimaksud dengan
tabarruj ialah seorang wanita yang menampakkan perhiasannya dan keindahan
tubuhnya serta apa-apa yang wajib ditutupnya dari pandangan lelaki bukan
mahramnya.
Hal ini kita dapati
pada sabda Rasulullah s.a.w tentang wanita-wanita yang berpakaian tapi
hakikatnya telanjang disebabkan pakaian yang mereka pakai tipisnya, berseluar
ketat menampakkan bahagian-bahagian tubuh tertentu, tidak menutup aurat
sepertimana yang berlaku di dalam masyarakat kita. Sebagaimana yang dihuraikan
oleh Ibnul ‘Abdil Barr rahimahu ‘Llah ketika menjelaskan sabda Rasulullah s.a.w
tersebut. Ibnul ‘Abdil Barr menyatakan :
“Wanita-wanita yang
dimaksudkan Rasulullah s.a.w adalah yang memakai pakaian yang tipis yang
menampakkan tubuhnya atapun yang menunjukkan bentuk tubuhnya dan tidak
menutupinya, maka mereka adalah wanita-wanita yang berpakaian pada zahirnya dan
telanjang pada hakikatnya … .”
Mereka adalah
wanita-wanita yang suka dan amat gembira apabila berjaya menampakkan perhiasan
mereka, padahal Allah s.w.t. telah melarang hal ini dalam firmanNya yang
bermkasud :
“Dan janganlah mereka
menampakkan perhiasan-perhiasan mereka.” (Surah An Nur ayat 310)
Imam Az-Zahabi
rahimahu ‘Llah menyatakan di dalam kitab Al Kabair :
“Termasuk dari
perbuatan-perbuatan yang menyebabkan mereka dilaknat ialah menampakkan hiasan
emas dan permata yang dipakai oleh mereka, memakai minyak wangi dengan yang
seumpanya jika mereka keluar rumah … .”
Dengan perbuatan
seperti ini bererti mereka secara tidak langsung menyeret kaum lelaki ke dalam
Neraka, kerana pada diri kaum wanita terdapat daya tarik syahwat yang sangat
kuat yang dapat menggoncang keimanan yang kukuh sekalipun, apa lagi iman yang
lemah yang tidak dikuatkan dengan ilmu Al Qur’an dan As Sunnah. Rasulullah
sendiri menyatakan di dalam hadis yang sahih bahwa :
“ Fitnah yang paling
besar yang paling ditakutkan atas kaum lelaki adalah fitnahnya wanita.”
Sahabat yang
dirahmati Allah,
Sejarah sudah
membuktikan bahawa betapa banyak tokoh-tokoh dunia yang tidak beriman kepada
Allah s.w.t. hancur hanya disebabkan pujuk-rayu wanita. Bahkan berapa banyak persaudaraan
di antara kaum muslimin terputus hanya disebabkan wanita. Berapa banyak anak
yang menderhaka kepada ibunya demi mencari cinta seorang wanita, dan masih
banyak lagi gejala-gejala lainnya yang dapat membuktikan bahawa wanita seumpama
mereka ini memang layak untuk tidak mendapatkan wanginya Syurga.
Hanya dengan ucapan
dan rayuan seorang wanita mampu menjerumuskan kaum lelaki ke dalam lembah dosa
yang hina, terlebih lagi jika mereka bersolek dan menampakkan tubuh mereka
kepada kaum lelaki. Tidak menghairankan lagi jika di sana-sini terjadi jenayah
dan kezaliman terhadap kaum wanita, kerana yang demikian adalah hasil perbuatan
mereka sendiri.
Hindarilah tabarruj
dan berhiaslah dengan pakaian yang disaran oleh Islam yang akan menyelamatkan
kaum wanita dari dosa di dunia ini dan azab di akhirat kelak. Jangan diikut
pemikiran sekular pemimpin-pemimpin wanita Islam yang cuba mempertikaikan
hukum-hukum Allah dan mempertikaikan hak-hak wanita yang telah dinyatakan di
dalam al-Qur’an.
Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud :
“Dan tinggallah kamu
di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu bertabarruj dengan tabarrujnya
orang-orang jahiliyyah pertama dahulu.” (Surah Al Ahzab ayat 33)
Masih banyak
sebab-sebab lainnya yang menyebabkan wanita menjadi penghuni majoriti Neraka.
Tetapi cukuplah dengan tiga sebab ini sahaja yang dijelaskan di sini kerana
memang tiga perkara inilah yang sering kita dapati di dalam kehidupan
masyarakat kita.
Rasulullah s.a.w
pernah menerangkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab
Neraka. Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah
untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun
bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan
mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda :
“Bersedekahlah kamu
semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Jahanam!”
Maka berdirilah
seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah
kehitaman kedua pipinya, iapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab :
“Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu kufur terhadap suami!” (Hadis Riwayat Al-
Bukhari)
Bersedekahlah kerana
sedekah adalah satu jalan untuk menyelamatkan kaum wanita dari azab Neraka.
Semoga Allah s.w.t. menyelamatkan kita dari azab-Nya. Aamiin.
Al maulaana (www.eramuslim.com)
4 GOLONGAN LELAKI YANG AKAN DITARIK MASUK KE NERAKA
OLEH WANITA
1. Ayahnya
Jika seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan shalat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
Duhai lelaki yg bergelar Ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Apakah kau mengajar shalat dan shaum (puasa) padanya? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak terpenuhi, maka bersedialah untuk menjadi bagian dari Neraka.
2. Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas. Membiarkan istri berhias diri untuk lelaki yang bukan mahramnya. Jika suami mendiam istri yang seperti itu walaupun suami adalah orang yang alim, suami adalah shalat nya yang tidak pernah bolong, suami adalah yang shaumnya tidak pernah lalai. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam Neraka.
Duhai lelaki yang bergelar Suami, bagaimanakah keadaan istri tercinta sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau jaga mengikuti ketetapan Islam, maka terimalah keniscayaan yang kau akan sehidup semati bersamanya hingga Neraka.
3. Saudara
Lelakinya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada saudara lelakinya (kakak, paman). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik atau keponakannya dibiarkan dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di akhirat kelak.
Duhai lelaki yg mempunyai saudara perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah yang lain. Karena kau juga akan pertanggung jawabkan diakhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak laki-laki tidak menasehati Ibunya perihal kelakuan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengunjing, maka anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak. Dan bersama menemani ibunya di Neraka. Duhai anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai. Karena ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa.
Selamatkanlah dia dari ancaman neraka, jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalamnya.
* * *
Betapa hebatnya tarikan wanita. Bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat yang tak kalah hebat tarikannya. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, saudara atau anak harus memainkan peran mereka dengan baik.
Jika seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan shalat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
Duhai lelaki yg bergelar Ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Apakah kau mengajar shalat dan shaum (puasa) padanya? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak terpenuhi, maka bersedialah untuk menjadi bagian dari Neraka.
2. Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas. Membiarkan istri berhias diri untuk lelaki yang bukan mahramnya. Jika suami mendiam istri yang seperti itu walaupun suami adalah orang yang alim, suami adalah shalat nya yang tidak pernah bolong, suami adalah yang shaumnya tidak pernah lalai. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam Neraka.
Duhai lelaki yang bergelar Suami, bagaimanakah keadaan istri tercinta sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau jaga mengikuti ketetapan Islam, maka terimalah keniscayaan yang kau akan sehidup semati bersamanya hingga Neraka.
3. Saudara
Lelakinya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada saudara lelakinya (kakak, paman). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik atau keponakannya dibiarkan dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di akhirat kelak.
Duhai lelaki yg mempunyai saudara perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah yang lain. Karena kau juga akan pertanggung jawabkan diakhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak laki-laki tidak menasehati Ibunya perihal kelakuan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengunjing, maka anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak. Dan bersama menemani ibunya di Neraka. Duhai anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai. Karena ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa.
Selamatkanlah dia dari ancaman neraka, jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalamnya.
* * *
Betapa hebatnya tarikan wanita. Bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat yang tak kalah hebat tarikannya. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, saudara atau anak harus memainkan peran mereka dengan baik.
HATI-HATI
BalasHapushati-hati kenapa gan?
BalasHapusmemang wanita itu serba repot..
ada - ada aja..tkuttt
BalasHapuscoy maaf ni..klo baca artikel lho wahhh kita - kita nih semua calon penguni neraka ya??
BalasHapusjangan gitu bro...semua pada waspada aja..
BalasHapusmakanya gue bilang HATI - HATI..
astagfirullah..
BalasHapus